BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, 10 August 2011

seandainya mampu ku miliki hatimu...

menanti hari esok  bagaikan setahun ku rasa,
gembiranya hati tidak terucap,
tatkala dirimu hadir mengisi kekosongan hati.
hadirmu memutikkan kembali cinta yang telah lama layu,
menyerikan taman hati yang telah lama menyepi.
semakin hari,
cinta yang berputik berkembang mekar,
mengharumkan taman hati,
mengindahkan suasana.
aku tidak mampu menahan perasaan lagi,
lalu ku luahkan perkara yg ku pendam selama ini,
kau sudi menerima huluran cinta yg tulus ini,
gembiranya hati tidak terucap,
bagai mahu menari bersama bintang,
rembulan menjadi pentas,
nyanyian sang cengkerik menambah kegembiraan.
dalam kegembiraan,ada kesedihan bertandang,
setelah lama kita mengikat tali percintaan,
akhirnya kau mengalah,
mengundur diri tanpa sebab,
aku cuba mendapatkan kepastian,
namun kehampaan yang ku terima,
,jawapan mu kita tidak ada jodoh.
hari berganti hari,
berlalu dengan penuh kesuraman,
tanpa dirimu disisi.
aku dihimpit perasaan rindu,
namun apakan daya,
aku tidak mampu,tidak mampu memiliki dirimu.
dengan berat hati aku terpaksa jua melepaskan dirimu,
terpaksa jua aku melupakan dirimu,
satu permintaan ku buatmu sayang,
ingatlah diriku sentiasa menyayangi mu....

No comments:

Post a Comment