BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday 31 December 2011

permainan hati

mengapa,
baru kini aku sedari,
yang sebenarnya,
cintaku yang tulus,
yang ku beri padamu,
yang ku sangka akan kau terima setulus hatimu,
yang ku fikir hanya aku yang bertakhta di jiwamu,
rupanya palsu belaka.
dalam diam,
bukan aku seorang yang hidup di hatimu,
tetapi masih ada insan lain.
sungguh aku kesali.
aku tertipu oleh permainanmu.
mengapa harus aku di jadikan mangsa?
sanggupnya...

hari jadi dan tahun baru

semalam ialah birthday aku..hmmm de jgk la kawn2 yg sdi wish at aku..aku berterima kash kat kawn2 yg sdi wish..esk pulak tahun baru..azam baru perlu dibuat....

azam sye pada tahun 2012 ialah
1.sye mahu menjadi lebih rajin belajr
2.sye mahu dapt kptsn yg bagus/cemerlang dlm stpm.. insyaAllah..doakn
3.sye mahu menghasilkan lebh banyk karya2 yg berkualiti,seronk dibaca..
4.dan akhir sekali,sye mahu menjadi org yg berguna n soleh...
5.sye mahu menghasilkan kek yg lebh sedp,gebu,cantk dan disukai ramai..heheheheeh

hehehehehe...begitulah azam sye bg tahn baru ni.. :)

Sunday 25 December 2011

aku yang sendiri

keriuhan suara-suara yang berkumandang,
seakan tidak kedengaran.
biarpun di bibir mengukir senyum,
perasaan tidak begitu,
seringkali ucapan-ucapan halus,
datang bertamu di jiwa,
mengucup hati,
dan melahirkan titisan-titisan lembut di lopak mata.
titisan itu akhirnya menjadi renyai gerimis
tatkala diri terpinggir sepi.
biarpun dikelilingi,
aku tetap sendiri.
berjalan seorang di lapangan tidak berarah.
ada yang sudi menemani,
tetapi sekadar di balik bayang-bayang
yang tercipta dari cahaya suram.
semakin berasa tersisih,
bila diri dibiar bila tiada perlunya.
melayanglah aku bersama angin,
melewati hariku,
bila angin berhebti bertiup,
terjatuhlah aku ke dalam kabus.
di kemudiannya,aku dipukul ombak,
terdampar di tepian pantai,
berteleku di atas pasir.
kesamaran cahaya yang hampir tenggelam,
menandakan,
berakhirnya sebuah kisah,
dan akan tercipta lagi kisah,
di hari kemudian...

Thursday 22 December 2011

----keliru----

hadirmu tidak ku undang,
pemergianmu tidak pula ku nantikan,
dirimu hadir membuatkan aku keliru,
keliru untuk memilih dirimu atau dirinya,
aku menjadi buntu,
tidak bisa untuk memilih,
jika dirimu ku tolak,
bermakna aku menolak cinta yang tulus,
andai pula dirinya ku sisih,
beerti aku mematikan cinta yang telah lama bersemai,
sukar untukku membuat keputusan,
akhirnya dirimu mengundur diri dan rela melepaskan aku,
keputusan itu telah melukai hati ini,
dengan begitu mudah dirimu menyerah,
luka di hati bertambah parah,
tatkala dirinya mencurangi aku,
tidakku sangka dirinya sanggup membuat aku begini,
kini aku sendiri meratapi mahligai cinta yang telah punah.....

Wednesday 21 December 2011

laksana purnama

hadirmu ibarat purnama,
yang menerangi gelita malam.
namun hadirmu hanya sementara,
cukup masanya kau prgi jua.
tinggallah sang bintang,
yang hanya mampu berkelip di kala malam menjelma,
dan akan terus menanti,
purnama kembali lagi,
untuk menerangi gelita malam yang sepi....

Tuesday 20 December 2011

jika mentari tidak menampakkan diri kala siang membuka tirai,
pasti bebunga akan menangis memohon agar mentari muncul
memberikan sedikit kasihnya buat penghuni tanah.

seandainya rembulan pula menghilangkan diri
saat malam memanggil-manggilnya untuk menemani pungguk
mendengar nyanyian sang cengkerik,
pastinya si pungguk akan merajuk dan sang cengkerik akan membawa diri..

dan makhluk yang bernama manusia,
jika hilangnya mawar dari taman yang terbentuk
dengan cinta itu,
pastinya merana,
tersedu sedan pabila dikenang.. :)

Setia menanti kiranya kembali

ketika aku hampir rebah,
tanpa disedari aku dipaut,
agar tidakk tersungkur
menyembah bumi.
datang secara tiba-tiba,
bukan ku pinta.
dalam payahku mencari sisa harapan,
rupanya tersedia kasih suci bersamamu.
keikhlasan mu membuat hatiku terpana.
setiap luka berdarah kau rawati
sehingga sembuh sempurna.
esak tangisku kau senandungkan menjadi irama merdu.
tiada lagi kesedihan
pucuk2 rindu sentiasa kau sunting agar tidak meliar di tangkai hati.
segalanya kau curahkan untuk ku
keserian kembali ke wajah.
tapi
mengapa kini kau meminta izin untuk mengundur diri?
kau terus menghilang tanpa bayangan.
duniaku yang siang kembali malam.
di mana khilafku,
tidak ku ketahui.
tetapi biarpun begitu,
aku akan setia menanti,
kiranya kau kembali lagi....

Wednesday 14 December 2011

cerita...

aku tidak mampu menipu,
tentang apa yang dipendam,
aku tidak mampu meludah,
apa yang dirasa
perasaan bukan mampu dikawal,
hati tidak bisa diramal,
rasa kasih terhadap mu,
telah lama tertanam di lubuk hati,
pernah cuba ku nafikan,
namun, kalah saat hati bertemu hati,
inilah cinta,
mulut menidakkannya,
namun jauh di sudut hati,
berkata ya, inilah cinta,
aku akan cuba untuk menjaga rasa ini,
tidak akan ku biar ia mati,
ku mahu cinta ini terus hidup,
di taman hati....

Tuesday 13 December 2011

 
syaitan mampu menggangu manusia di kiri,kanan,depan dan belakang manusia...
tetapi terdapat 2 kawasan syaitan tidk mmpu ganggu manusia..
di atas dan di bawah kerana di bawh manusia bersujud pada ALLAH S.W.T
di atas manusia berdoa pd ALLAH S.W.T...
sebagai manusia ciptaan-Nya,kita haruslah sentiasa beribadat dan memanjatkan doa pada-Nya.. ;)
 

bukan pinta ku..

pergi
pergi,biarkan aku sendiri.
jangan kau rayu lagi,
tidak perlu ditagih lagi,
cinta ini,
kasih ini.
tidak aku pasti,
adakah hati ini untukmu.
serasa ragu sering melingkari akal,
lantas menidurkan persaan buatmu.
lupakanlah aku.
aku bukan yang terbaik untuk kau pilih.
bimbang kebahagiaan tidak mampu disemai buatmu.
bimbang tidak kita serasi bersama.
janganlah berduka,
janganlah bersedih,
terpaksa kita terima perpisahan,
walau hati tidak merelakan....

Saturday 19 November 2011

pabila hati mula kesedihan,
pada Dia kita mengadu..
pabila kita di saat memerlukan,
pada Dia kita meminta..
pabila kita kehilangan,
pada Dia kita berdoa..
pabila kita gembira,
adakah kita ingat pada Dia?
pabila nikmat yang kita terima,
adakah syukur pada-Nya yang kita ucapkan?
renungkanlah...... :)

inilah..cinta

cinta...
setiap manusia memerlukannya..
ibaratnya air,yang diminum saat kehausan tersebar di tekak..
memberikan nikmat setiap diteguk..
tidak terucap rasanya..
tapi..
tidak selalunya nikmat itu terasa..
bila air yang diteguk kekeringan dibaham haba..
hilanglah nikmatnya...
itulah cinta..
indah dan duka..
saling berkejar-kejar..
berlari-larian..
untuk mewarnai cinta..
hanya yang mampu..
akan bertahan..

Thursday 6 October 2011

seribu rasa

ku pamerkan jua senyuman manis di bibir,
biarpun retak berderai kebahagiaan.
ku cuba ketawa riang,
biarpun hati menangis sayu.
ku terima gurauan itu,
biarpun terguris calar perasaan ini.
hari yang ku lalui penuh berliku.
lara setia menemani di saat rembulan menghiasi tirai malam.
keheningan suasana,
ditambah lembutnya tamparan bayu,
memberikan diri ketenangan,
tetapi tidak hati ini.
tangisan hati ini,
tak siapa mendengarnya.
sayunya awan menitiskan renyai hujan,
menambah kepiluan di hati.
ku tutupi tirai mata,
agar lara duka ini,
hanyut bersama gelita malam..

dirimu

saat terpandang dirimu
hatiku bergetar,
meluruhkan perasaan ego yang bermukim di jiwa.
keayuan wajahmu,
terserlah,
di samping hijab yang menyaluti mahkotamu.
tubuhmu diselubungi sempurna,
tanpa sedikitpun terdedah.
perlakuanmu terkawal rapi,
mencerminkan sifat muslimah sejati.
inginku selami lebih dalam tentang dirimu.
ku rindui senyummu,
redupnya pandangan matamu,
menenangkan gelora perasaan.
mungkinkah akan ku temui
lagi dirimu..

Wednesday 5 October 2011

lautan sepi

aku terdampar di lautan sepi,
keseorangan,kekosongan,kesedihan
yang menemani.
arah yang hendak ku tujui.
tidak ku ketahui.
tiada yang sudi memimpin ku ke daratan kebahagiaan.
sendiri aku terkapai,
ku mencari tempat berpaut,
tidak ku temui.
akhirnya,
karam ku sendiri,
di lautan sepi...

Wednesday 7 September 2011

dalam renungan
aku menyusuri kenangan lalu
mengimbau saat bersama
mengecapi kemanisan persahabatan
di zaman persekolahan.
kita telah berjanji
untuk bersama
di kala duka mencengkam diri,
di kala hiba mula terasa,
di kala kegembiraan mendatang.
kita sentiasa bersama,
aku menangis kami memujuk,
kamu gembira aku menumpang sama.
begitulah persahabatan kita.
tidak pernah kita sendirian meraikan perasaan.
setiap rasa kita kongsi bersama.kau,aku dan dia.
sunnguh indah persahabatan ini.
tapi,semuanya hanya tinggal kenangan.
kita terpisah bersama waktu dan situasi,
demi mengejar matlamat hidup
kita bercerai sahabat.
aku sentiasa menunggu,
agar persahabatan kita terjalin kembali,
untuk mengecapi
kemanisan persahabatan.


Wednesday 10 August 2011

seandainya mampu ku miliki hatimu...

menanti hari esok  bagaikan setahun ku rasa,
gembiranya hati tidak terucap,
tatkala dirimu hadir mengisi kekosongan hati.
hadirmu memutikkan kembali cinta yang telah lama layu,
menyerikan taman hati yang telah lama menyepi.
semakin hari,
cinta yang berputik berkembang mekar,
mengharumkan taman hati,
mengindahkan suasana.
aku tidak mampu menahan perasaan lagi,
lalu ku luahkan perkara yg ku pendam selama ini,
kau sudi menerima huluran cinta yg tulus ini,
gembiranya hati tidak terucap,
bagai mahu menari bersama bintang,
rembulan menjadi pentas,
nyanyian sang cengkerik menambah kegembiraan.
dalam kegembiraan,ada kesedihan bertandang,
setelah lama kita mengikat tali percintaan,
akhirnya kau mengalah,
mengundur diri tanpa sebab,
aku cuba mendapatkan kepastian,
namun kehampaan yang ku terima,
,jawapan mu kita tidak ada jodoh.
hari berganti hari,
berlalu dengan penuh kesuraman,
tanpa dirimu disisi.
aku dihimpit perasaan rindu,
namun apakan daya,
aku tidak mampu,tidak mampu memiliki dirimu.
dengan berat hati aku terpaksa jua melepaskan dirimu,
terpaksa jua aku melupakan dirimu,
satu permintaan ku buatmu sayang,
ingatlah diriku sentiasa menyayangi mu....

Tuesday 12 July 2011

perindu yang setia......

saat purnama megah melimpahkan cahayanya,
si pungguk hanya mampu bermenung,ditemani pohon tua di sisinya,
memerhati keindahan purnama.
alangkah indahnya jika si pungguk mampu terbang,
terbang dan berdamping bersama purnama.
namun,si pungguk tahu yg dia tidak bisah bebuat begitu,
dia hanya mampu memerhati,
memerhati dan terus memerhati purnama di kala malam menjelma........