BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday 25 April 2012


Maafkan  aku
Kiranya aku lalai mengingatimu
Bukan sengaja aku berbuat begitu
Tetapi kerna terpaksa
Situasi memerangkap ku
Di hujung keputusan
Status yang telah berubah
Menguatkan lagi alasanku
Hanya kata maaf yang mampu aku ucapkan
Aku tidak mahu kita bercerai sahabat
Tetapi apakan daya ku
Terpaksa jua kulakukan
Demi mengelak salah faham
Yang pastinya mengundang amarah penemanmu
Satu yang ku harapkan
Agar kau sentiasa mengingati
Bahawa kita adalah sahabat….

Saturday 24 March 2012

sekeping nota cinta

              Telah aku berjanji untuk memberi bahagia padamu
Tetapi tidak dengan sebuah istana permata
Mungkin dengan sekeping nota cinta
Yang aku tulis dengan kata-kata syahdu
Akan aku utuskan nota itu padamu
Melalui angin rindu
Yang bertiup mendingini jiwa
Jika kau usai untuk membacanya
Cukuplah dengan menatapnya
Andainya telah selesai
Simpanlah nota cinta itu di dalam hati
Kuncilah pintunya
Agar tiada yang bisa membuka
Untuk membaca sekeping nota cinta
Yang aku utus buatmu…..

kepura-puraan cintamu

                   Katakanlah andainya benar,
Rasa sayang ini hanyalah kepura-puraan
Mengapa perlu berselindung lagi
Kerna kebenaran telah aku ketahui
Selama ini
Cinta itu hanyalah kepura-puraan
Yang kau cipta
Untuk mengaburi hati ini
Setulus hati aku menghulur kasih
Tanpa ada ragu
bila kau datang memberi ucapan cinta
tetapi kini aku telah sedar
cinta mu hanyalah kepura-puraan….

Friday 9 March 2012

aku cuba berlari

Aku cuba berlari

Untuk mengejar

Mendapatkan bayang-bayang.

Keletihan tidak ku hiraukan

Terus aku berlari

Berlari dalam kelemahan

Tenaga yang tinggal                                 

Semakin menipis

Biarpun ku tahu itu

Larianku tidak terhenti

Biarpun semakin perlahan

Kerna bayang-bayang yang ku kejar itu

Adalah pemilik jasad

Yang telah ralat

Untuk memilih

Siapa yang seharusnya memiliki..

(2.29 pm)

Monday 27 February 2012

Monday 20 February 2012

setianya angin bersiul-siulan,
membuatkan dedaunan menari keriangan,
beluncas mengintai tersipu-sipu.


munculnya mentari terik,
menghapus siulan angin,
dedaunan kembali terkaku membisu,
beluncas membungkus diri di balik daun...

--------------------------------------------------------------------------
======================================

Saturday 18 February 2012

akulah

yang mengharap kasih
dari lelaki yang kugelarkan teman
akulah

yang menanti ucapan sayang

dari gadis yang kunamai kekasih
aku mengharap yang ikhlas,

yang di hulur hanyalah sekadar di atas kertas...

Tuesday 31 January 2012



                                                             burung wak wak
selalu aku lihat burung ini mati di tepi jalan.mungkin kerana dilanggar kenderaan.kereta barangkali.sungguh kasihan.

Saturday 28 January 2012

si burung wak-wak

sedang dalam perjalanan hndk pulang ke rumah,aku terlihat seekor burung wak2 di tepi jalan.kelihatannya seperti dia mahu menyeberang jalan.'dia' kelihatan amat gelisah.

                                       "ehhhhh,macam mane nak melintas ni?
                                         banyak nye kereta.takutnye..."
mungkin itulah yang diucapkan oleh burung wak2 tersebut.akhirnya burung tersebut lari semula ke dalam semak berhampiran.seketika aku berfikir,apakah yang akan terjadi pada burung tersebut?


                                                                                                                     bersambung....

Sunday 8 January 2012

air mata

hanya ada sekeping hati.
sekeping hati terlalu sensitif.
mudah tersentuh dengan kata-kata.
biarpun hanya gurauan,tetap akan terasa hati.

bila terasa hati,perasaan juga akan turut terkena tempiasnya.
perasaan yang gembira akan bertukar sedih dengan serta merta.

bila perasaan bertukar sedih,
mulut akan terkunci.

bila mulut terkunci,
menandakan empangan mata akan mengalirkan air.

air itu dinamakan AIR MATA.....