BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, 25 April 2012


Maafkan  aku
Kiranya aku lalai mengingatimu
Bukan sengaja aku berbuat begitu
Tetapi kerna terpaksa
Situasi memerangkap ku
Di hujung keputusan
Status yang telah berubah
Menguatkan lagi alasanku
Hanya kata maaf yang mampu aku ucapkan
Aku tidak mahu kita bercerai sahabat
Tetapi apakan daya ku
Terpaksa jua kulakukan
Demi mengelak salah faham
Yang pastinya mengundang amarah penemanmu
Satu yang ku harapkan
Agar kau sentiasa mengingati
Bahawa kita adalah sahabat….

No comments:

Post a Comment